Wednesday, February 5, 2020

Masalah inflasi, pengangguran dan pertumbuhan ekonomi mengapa perlu ditangani

Definisi inflasi   :   Inflasi adalah keadaan di mana kenaikan tingkat harga umum secara berterusan
    
Sebab inflasi perlu ditangani:   
    i)Kos sara hidup meningkat. Ini menyebabkan masyarakat terpaksa berbelanja lebih dan kesannya  menjejaskan taraf hidup masyarakat
   ii)Pendapatan benar menurun. Ini akan menyebabkan kuasa beli berkurang
  iii)Tabungan negara berkurang. Ini akan menyebabkan pengumpulan stok modal berkurang
  iv)Daya saing eksport terjejas. Ini kerana harga eksport meningkat da kesannya menjejaskan imbangan pembayaran
   v)Merugikan pemiutang dan menguntungkan penghutang.Ini kerana nilai benar yang dibayar lebih   rendah daripada nilai benar pinjaman diberi
 vi)Agihan pendapatan tidak setara. Ini kerana inflasi akan menjejaskan golongan miskin dan kesannya kemiskinan mutlak akan meningkat
 vii)Susut nilai wang tempatan. Ini menyebabkan kos input mahal dan aliran modal akan terjejas

Langkah menangani inflasi:
  i)Dasar fiskal menguncup 
- menurunkan perbelanjaan kerajaan
 Ini akan mengurangkan perbelanjaan agregat. Kesannya permintaan agregat akan berkurang. Maka 
 harga akan turun
 - meningkatkan cukai
 Ini akan mengurangkan pendapatan boleh guna. Kesannya penggunaan akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan agregat akan berkurang. Maka permintaan berkurang dan harga akan menurun
  ii)Dasar kewangan menguncup
 - mengurangkan bekalan wang atau menaikkan kadar bunga dengan menjual surat jaminan kerajaan/meningkatkan rizab berkanun. Ini akan mengurangkan bekalan wang di pasaran. Ini menyebabkan kuasa beli masyarakat jatuh. Ini akan mengurangkan tekanan harga barang
iii)Dasar kawalan langsung
 - kawalan kerajaan terhadap kegiatan ekonomi melalui undang-undang dan peraturan melalui dasar harga maksimum keatas barang-barang kawalan. Ini dapat mengurangkan kenaikan harga barang tersebut

Definisi pengangguran   :   keadaan dimana tenaga buruh yang sanggup bekerja pada kadar upah tertentu tetapi masih belum mendapat pekerjaan

Sebab pengangguran perlu ditangani :   
  i) Pembaziran sumber manusia. Kesannya pertumbuhan ekonomi terjejas
 ii) Kos sosial meningkat. Kadar jenayah akan meningkat
iii) Meningkatkan beban kerajaan. Perbelanjaan kerajaan akan meningkat iaitu bayaran pindahan seperti elaun pengangguran
iv) Kemiskinan meningkat. taraf hidup masyarakat akan meningkat

Langkah menangani pengangguran:
 i) Dasar fiskal mengembang
 - menaikkan perbelanjaan kerajaan
Ini akan menaikkan perbelanjaan agregat. Kesannya permintaan agregat akan meningkat. Maka pengangguran dapat diatasi 
 - menurunkan cukai 
Ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna. Kesannya penggunaan akan meningkat. Oleh itu, perbelanjaan agregat akan bertambah. Maka permintaan meningkat dan pengangguran dapat diatasi
  ii) Dasar kewangan menguncup 
-menambahkan bekalan wang atau menurunkan kadar bunga dengan membeli surat jaminan kerajaan/ mengurangkan rizab berkanun. Ini akan meningkatkan bekalan wang di pasaran. Ini menyebabkan kuasa beli masyarakat meningkat. Ini akan mengatasi masalah pengangguran

Pertumbuhan ekonomi 
 
Sesebuah negara perlu mencapai pertumbulhan ekonomi yang tinggi kerana:
 
(i) Meningkatkan taraf hidup penduduk
Apabila berlaku pertumbuhan ekonomi maka pendapatan negara akan meningkat. Oleh itu, pendapatan
perkapita meningkat, kuasa beli masyarakat meningkat dan taraf hidup penduduk meningkat.
 
(ii) Mengurangkan masalah kemiskinan
Pertumbuhan ekonomi akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Maka pendapatan individu meningkat.
Oleh itu, masalah kemiskinan dapat diatasi.
 
(iii)Menggalakkan pelaburan
Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan menarik pelabur tempatan dan pelabur asing untuk melabur. Ini kerana mereka menjangkakan keuntungan yang tinggi.
 
(iv)Mengurangkan pengangguran
Pertumbuhan ekonomi akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Maka ramai tenaga buruh mendapat pekerjaan. Ini bermakna guna tenaga meningkat dan pengangguran berkurang.
 
(v) Meningkatkan hasil kerajaan
Pertumbuhan ekonomi akan menyebabkan firma-firma memperoleh keuntungan dan pekerja memperoleh pendapatan yang tỉnggi. Maka cukai yang perlu dibayar juga tinggi. Ini bermakna pendapatan kerajaan dari hasil cukai juga meningkat.

No comments:

Post a Comment