Tiga kegunaan data pendapatan negara ialah:
Sebagai alat pengukur taraf hidup
Walaupun data Pendapatan negara bukan satu ukuran-taraf
hidup yang tepat, data Pendapatan negara masih dapat memberi gambaran kasar mengenai perbezaan taraf hidup antara masa dan antara
negara.
Sebagai alat pengukur pertumbuhan ekonomi
Data pendapatan negara digunakan untuk mengukur
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, iaitu perubahan dalam tingkat keluaran
negara dari tahun ke tahun.
Sebagai alat pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor dalam ekonomi
Data pendapatan negara mengikut kaedah
keluaran menunjukkan nilai jumlah keluaran yang disumbangkan oleh pelbagai sektor dalam ekonomi, iaitu
sektor utama, sektor perindustrian dan sektor
perkhidmatan. Maka, kepentingan sesuatu sektor dapat ditentukan melalui kadar
sumbangannya kepada keluaran negara.
Formula
Kadar
pertumbuhan ekonomi = KNK benar1 - KNK benar0 x 100
KNK benar0
Kadar
pertumbuhan kebajikan = KNK benar per kapital - KNK benar per kapitao x 100
KNK benar per kapitao
No comments:
Post a Comment