Perakaunan Pendapatan Negara
2.1 Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK)
1 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah nilai barang akhir yang
diciptakan oleh faktor-faktor pengeluaran yang berada di negara tersebut dalam
masa satu tahun tanpa mengira sama ada faktorfaktor pengeluaran itu dimiliki
oleh rakyat negara itu ataupun rakyat negara asing. Ini bermakna bahawa KDNK
meliputi nilai sumbangan keluaran oleh faktor tempatan dan faktor asing di
negara tersebut.
2 Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah nilai barang akhir yang diciptakan
oleh faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh rakyat negara tersebut dalam
masa satu tahun tanpa mengira sama ada faktor-faktor pengeluaran itu berada di
negara itu ataupun di negara asing. Ini bermakna bahawa KNK mengambil kira
nilai sumbangan keluaran oleh faktor tempatan di negara tersebut dan di negara
asing.
3 Maka, perbezaan di antara KDNK dengan KNK ialah jumlah pendapatan
faktor dari luar negara (PFLN) dan jumlah bayaran faktor ke luar negara (BFLN).
Perbezaan antara jumlah pendapatan faktor dari luar negara dengan jumlah
bayaran faktor ke luar negara ialah pendapatan faktor bersih dari luar negara
(PFBLN).
4 Dalam sebuah negara, rakyat negara tersebut yang menggunakan faktor
pengeluaran milik mereka di negara lain akan menerima pendapatan faktor dari
luar negara. Maka, jumlah pendapatan faktor dari luar negara perlu dicampurkan
dalam perakaunan pendapatan negara tersebut.
5 Rakyat asing yang menggunakan faktor pengeluaran milik mereka di
negara tersebut akan menerima bayaran faktor ke luar negara. Maka, jumlah
bayaran faktor ke luar negara perlu ditolak dalam perakaunan pendapatan negara
tersebut.
6 Secara rumusan,
perbezaan di antara konsep KDNK dengan KNK adalah seperti berikut:
KDNK = KNK - PFLN + BFLN KNK
= KDNK + PFLN - BFLN
Oleh sebab PFBLN = PFLN - BFLN maka,
KDNK = KNK - PFBLN
KNK = KDNK + PFBLN
7 Jika jumlah pendapatan faktor dari
luar negara melebihi jumlah bayaran faktor ke luar negara, pendapatan faktor
bersih dari luar negara adalah positif. Maka, KNK akan melebihi KDNK.
Sebaliknya, jika jumlah pendapatan faktor dari luar negara adalah kurang
daripada jumlah bayaran faktor ke luar negara, pendapatan faktor bersih dari
luar negara adalah negatif. Maka, KNK akan kurang daripada KDNK. Jumlah
pendapatan faktor bersih dari luar negara yang negatif akan menyebabkan
pengaliran lebih banyak mata wang negara dan menurunkan nilai mata wang negara.
Kurangan imbangan pembayaran negara berlaku.
Pendapatan
Negara /Keluaran Negara Bersih
1 Keluaran Negara Bersih (KNB) merujuk kepada
jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh penduduk tempatan sesebuah negara.
2 KNB menunjukkan daya
pengeluaran dan keluaran negara yang sebenar selepas menolak susut nilai barang
modal.
3 Barang modal seperti jentera, mesin dan peralatan akan mengalami penyusutan nilai
setelah digunakan untuk beberapa tempoh. Oleh itu, susut nilai perlu ditolak
daripada Keluaran Negara Kasar untuk memperoleh Keluaran Negara Bersih.
4 Secara rumusan, perbezaan
di antara konsep KNK dengan KNB adalah seperti berikut:
KNK = KNB + Susut nilai KNB = KNK - Susut nilai
KNK = KNB + Susut nilai KNB = KNK - Susut nilai
Keluaran Negara pada Harga Pasaran dan Kos Faktor
1 Keluaran negara boleh dikira pada harga pasaran atau kos faktor. Keluaran
negara pada harga pasaran adalah nilai keluaran negara berdasarkan harga yang
dijual dalam pasaran, di mana harganya telah dicampurkan cukai tak langsung dan
ditolakkan subsidi kerajaan.
2
Keluaran negara pada kos faktor adalah nilai keluaran negara yang berdasarkan
harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor pengeluaran, di mana
harganya belum dicampur cukai tak langsung dan belum ditolak subsidi kerajaan.
3 Maka,
adalah jelas bahawa perbezaan di antara nilai keluaran negard pada harga
pasaran dengan nilai keluaran negara pada kos faktor ialah cukai tak langsung
dan subsidi.
4 Cukai
tak langsung adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan atas barang-barang yang
dipasarkan. Cukai tak langsung terdiri daripada cukai jualan, cukai eksport,
cukai import dan cukai perkhidmatan. Pengenaan cukai tak langsung ke atas
barang yang dipasarkan menyebabkan harga barang pasaran tersebut meningkat.
Oleh itu, apabila keluaran negara dinilai pada harga pasaran, cukai tak
langsung dicampurkan.
5 Subsidi adalah bantuan kerajaan kepada pengeluar untuk mengurangkan kos
pengeluaran. Subsidi biasanya adalah dalam bentuk wang yang diterima oleh pengeluar. Apabila subsidi dibayar oleh kerajaan ke atas
barang pengeluaran, harga barang pasaran tersebut akan menurun. Jadi, apabila
keluaran negara dinilai pada harga pasaran, subsidi perlu ditolakkan.
6
Kesimpulannya, untuk memperolehi nilai keluaran negara pada harga pasaran,
cukai tak langsung dicampurkan dan subsidi ditolak daripada nilai keluaran
negara pada kos faktor. Sebalikya, untuk memperolehi nilai keluaran negara pada
kos faktor, cukai tak langsung ditolak dan subsidi dicampurkan kepada nilai
keluaran negara pada harga pasaran. Secara rumus:
Kel. negara pada harga pasaran = Keluaran negara pada kos faktor + Cukai tak langsung - Subsidi
atau
Keluaran negara pada kos
faktor = Keluaran negara pada harga
pasaran - Cukai tak langsung + Subsidi
7 Apabila cukai tak langsung lebih besar daripada subsidi, maka keluaran
negara pada harga pasaran akan melebihi keluaran negara pada kos faktor.
Sebaliknya, apabila cukai tak langsung lebih kecil daripada subsidi, maka
keluaran negara pada harga pasaran adalah kurang daripada keluaran negara pada
kos faktor.
(a) Jika cukai tak langsung > subsidi, maka KDNKhP > KDNKkf
Contoh:
Contoh:
KDNKkf = RM300 000 juta, cukai tak
langsung = RM 1 500 juta, subsidi = RMl 000 juta
KDNKhP = KDNKkf + Cukai tak langsung - Subsidi
= RM300 000 juta + RM1 500 juta - RMl 000 juta = RM300 500 juta
(b) Jika cukai tak
langsung < subsidi, maka KDNKhP < KDNKkf
Contoh:
Contoh:
KDNKkf = RM300 000 juta, cukai tak
langsung = RM1 200 juta, subsidi = RM1 800 juta
KDNKhP = KDNKkf + Cukai tak langsung - Subsidi
KDNKhP = RM300 000 juta + RMl 200 juta - RM1 800 juta = RM299 400 juta
•
Pendapatan Negara Mengikut Harga Semasa (Y1)/
Keluaran Negara Nominal dan
Pendapatan Negara Mengikut Harga Tetap (Y0)
Pendapatan Negara Mengikut Harga Semasa (Y1)/
Keluaran Negara Nominal dan
Pendapatan Negara Mengikut Harga Tetap (Y0)
•-Pendapatan negara mengikut harga tetap (Y0) atau Keluaran Negara Benar
adalah nilai
keluaran negara mengikut harga tahun asas.
adalah nilai
keluaran negara mengikut harga tahun asas.
•-Indeks harga bagi tahun asas selalunya sama dengan 100. Indeks harga adalah satu ukuran perubahan tingkat harga umum.
•-Pendapatan negara mengikut harga tetap dianggap sebagai pendapatan
negara benar
negara benar
•-Ini kerana perubahan tingkat harga umum diambil kira dalam pengiraan
pendapatan negara mengikut harga tetap.
pendapatan negara mengikut harga tetap.
•-Peningkatan dalam pendapatan negara benar bermakna peningkatan taraf
hidup rakyat. Begitu juga sebaliknya.
hidup rakyat. Begitu juga sebaliknya.
•-Untuk memperoleh Y0 daripada Yl, pengaruh perubahan tingkat harga umum
mesti dihapuskan :
§ Y0 = IH0 x Yl
IH1
§Y0 = pendapatan negara mengikut harga tetap
§Yl = pendapatan negara mengikut harga semasa
§IH0 = indeks harga pengguna tahun asas (100)
§IH1 = indeks harga pengguna tahun semasa
•
Contoh (A): Yl = RM110 000 juta
IH0 = 100
IH1 = 110
Y0 = 100 x RM110 000 juta
110
= RM100 000 juta
q-Contoh di atas dapat menerangkan bahawa taraf hidup rakyat bukan setinggi RM110 000 juta
seperti yang ditunjukkan oleh nilai Yl.
q-Lebihan nilai pendapatan negara sebanyak
RM110 000 juta - RM100 000 juta =
q-Taraf hidup rakyat pada tahun semasa sepatutnya adalah setinggi RM100 000 juta.
mesti dihapuskan :
§
Catatan: IH1 juga dikenali sebagai pendeflasi atau pendeflator
Catatan: IH1 juga dikenali sebagai pendeflasi atau pendeflator
•-Masa inflasi, IH1 > IH0, maka Yl > Y0. Ini bermakna jumlah nilai keluaran
akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat dalam negara tidak setinggi seperti
yang ditunjukkan dalam pengiraan pendapatan negara mengikut harga semasa.
akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat dalam negara tidak setinggi seperti
yang ditunjukkan dalam pengiraan pendapatan negara mengikut harga semasa.
RM10000 juta adalah akibat daripada kenaikan tingkat harga umum sebanyak
10%.
10%.
q-Lebihan nilai pendapatan negara RM10 000 juta tidak dapat meninggikan taraf
hidup rakyat kerana lebihan ini bukan berpunca daripada pertambahan dalam
jumlah keluaran sebenarnya.
hidup rakyat kerana lebihan ini bukan berpunca daripada pertambahan dalam
jumlah keluaran sebenarnya.
•-Dalam masa kemelesetan ekonomi, IH1 < IH0; maka Yl <Y0.
Y0 = 100 x RM40 000 juta
80
= RM50 000 juta
•Ini bermakna jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat
dalam negara tidak serendah seperti yang ditunjukkan dalam pengiraan
pendapatan negara mengikut harga semasa.
dalam negara tidak serendah seperti yang ditunjukkan dalam pengiraan
pendapatan negara mengikut harga semasa.
•
-Contoh (B) Yl = RM40 000 juta
IH0 = 100 IH1 = 80
•-Contoh di atas dapat menjelaskan bahawa taraf hidup rakyat bukan serendah RM40 000
juta seperti yang ditunjukkan oleh nilai Yl.
juta seperti yang ditunjukkan oleh nilai Yl.
•-Kurangan nilai pendapatan negara sebanyak RM50 000 juta - RM40 000 juta =
RM10 000 juta adalah akibat daripada kemerosotan tingkat harga umum
sebanyak 20%.
sebanyak 20%.
•-Daripada contoh menunjukkan pendapatan negara mengikut harga
tetap/pendapatan negara benar merupakan pengukur taraf hidup rakyat yang
lebih tepat berbanding dengan pendapatan negara mengikut harga semasa.
tetap/pendapatan negara benar merupakan pengukur taraf hidup rakyat yang
lebih tepat berbanding dengan pendapatan negara mengikut harga semasa.
No comments:
Post a Comment