LATIHAN OBJEKIF BAB 1
1 Antara berikut, yang manakah melibatkan kajian
makroekonomi?
A Menghitung permintaan
terhadap eksport
B Menghitung pendapatan
pengguna Menghitung indeks harga umum
D Menghitung keuntungan
firma
2 Antara berikut, yang manakah tidak benar
berkenaan teori makroekonomi?
A Melibatkan konsep
pendapatan negara, guna tenaga dan imbangan pembayaran
B Bermatlamat utama untuk
mencapai guna tenaga penuh tanpa inflasi Melibatkan kajian ke atas unit-unit
kecil ekonomi
D Melibatkan kajian berbentuk agregat
3 Manakah antara berikut
berkaitan dengan pemboleh ubah makroekonomi yang utama?
A Agihan pendapatan B Kawalan harga C Kuota import D Inflasi
4 Antara berikut, yang manakah tidak benar berkenaan pendapatan
negara?
A Didefinisi sebagai jumlah nilai akhir barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh faktor dalam negeri sesebuah negara dalam satu tahun
B Didefinisi sebagai jumlah nilai
akhir barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sesebuah negara dalam satu tahun
C Didefinisi sebagai jumlah
nilai pendapatan yang diterima
oleh pemilik faktor sesebuah negara dalam satu tahun
D Biasanya dilaporkan dalam
bentuk perangkaan Keluaran Negara Kasar
5 Pengukuran dan penilaian
prestasi kegiatan ekonomi sesebuah ekonomi diukur berasaskan
alat
A indeks harga pengguna B imbangan pembayaran
C pendapatan negara D guna tenaga
6 Pertumbuhan ekonomi dalam
sesebuah negara paling baik
dihitung berasaskan
A Keluaran Dalam Negara
Kasar Nominal
B Keluaran Negara Kasar
benar
C Pendapatan per kapita benar
D Keluaran Negara Bersih
7 Sebuah ekonomi mengalami pengurangan pendapatan negara benar bagi satu
tahun berbanding tahun sebelumnya. Negara tersebut mengalami
A imbangan
keluaran negatif B defisit pendapatan negara
C pertumbuhan
ekonomi D kemelesetan ekonomi
8 Guna tenaga ialah
A jumlah
penduduk ditolak jumlah penganggur
B jumlah tenaga buruh yang mendapat
pekerjaan
C jumlah penduduk yang sanggup bekerja
D jumlah tenaga buruh
9 Antara
berikut, yang manakah
tidak benar berkenaan sesebuah negara yang mencapai guna tenaga penuh?
A
Terdapat pengangguran struktur dalam ekonomi
B Kadar penggunaan faktor
buruh ialah 100%
C Kadar pengangguran ialah 3%
D Kadar guna tenaga ialah 98%
10 Konsep pengangguran paling tepat dikaitkan dengan
A penduduk yang tidak bekerja
B penduduk yang t dak sanggup bekerja
C pengangguran geseran dalam
ekonomi
D sejumlah faktor ekonomi yang tidak digunakan dalam
ekonomi
11 Inflasi berkaitan dengan
A kenaikan harga sebahagian
kecil barang yang berlaku
secara terus-menerus
B kenaikan
tingkat harga umum yang berterusan
C kenaikan indeks harga pada tahun asas
D kenaikan harga barang
keperluan
12 Kenaikan kadar inflasi
menyebabkan kesan berikut kecuali
A kenaikan harga barang dan
perkhidmatan
B penurunan taraf hidup
masyarakat
C kenaikan nilai wang benar
D kenaikan kos sara hidup
13 Imbangan pembayaran
defisit dikaitkan dengan
A penerimaan wang dari luar negeri yang melebihi pembayaran wang ke luar negeri
B pembayaran wang ke luar negeri yang melebihi penerimaan wang
dari luar negeri
C kesan positif terhadap ekonomi negara
D peningkatan rizab asing
negara
14 Dalam keadaan sesebuah
negara mengalami imbangan pembayaran lebihan,
A pendapatan negara akan
meningkat
B tingkat harga umum akan
meningkat
C rizab mata wang asing
akan meningkat
D kadar pertukaran asing
negara akan turun
15 Berikut merupakan matlamat
dasar makroekonomi kecuali
A mencapai kadar guna
tenaga yang tinggi
B mencapai imbangan
pembayaran defisit
C mencapai kestabilan
tingkat harga umum
D mencapai kadar pertumbuhan
yang tinggi
16 Dasar makroekonomi yang dijalankan untuk mengurangkan kadar pengangguran adalah seperti berikut
kecuali
A meningkatkan
kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
B menambah perbelanjaan
kerajaan dan mengurangkan kadar cukai
C meningkatkan kapasiti
pengeluaran
D meningkatkan penawaran
wang
17 Dasar kawalan langsung
tidak melibatkan
A dasar kawalan terhadap import dan eksport
B dasar kawalan terhadap
upah
C dasar kawalan kadar
faedah
D dasar kawalan harga
18 Dasar kewangan yang sesuai dilaksanakan dalam keadaan ekonomi mengalami inflasi ialah
A mengurangkan
perbelanjaan kerajaan B
meningkatkan kadar faedah
C mengurangkan kadar cukai D
meningkatkan kadar cukai
19 Dasar fiskal berkaitan dengan
A kawalan perbelanjaan dan cukai
kerajaan
B kawalan penawaran wang dan
kadar bunga
C kawalan penawaran agregat
D kawalan kadar bunga
20 Contoh dasar kawalan
langsung kerajaan terhadap ekonomi ialah
A dasar kewangan kuantitatif
B dasar sebelah penawaran
C dasar upah minimum D dasar fiskal automatik
JAWAPAN BAGI SOALAN DI ATAS IALAH:
ReplyDelete1 C 2 C 3 D 4 A 5 C 6 B 7 D 8 B 9 A 10 D
11B 12C 13B 14 C 15 B 16 A 17 C 18 B 19 A 20 C