Sunday, January 6, 2013

FORMAT PEPERIKSAAN 944/2

Penggal 2

 944/2 Ekonomi 2 (Makro)
Ujian Bertulis 

-Bahagian A: Soalan aneka pilihan 20 soalan diberikan Jawab semua soalan (20 markah).
-Bahagian B: Soalan esei 6 soalan diberikan Jawab 4 soalan daripada 6 soalan  (40 markah)
-Bahagian C: Soalan kuantitatif 3 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 3 soalan (20 markah)
- Jumlah markah 80 (wajaran 32%)
- 2 jam
- Pentaksiran berpusat

CTH SOALAN BHG B DAN C

BAHAGIAN B

Bezakan antara dasar makroekonomi sebelah permintaan dengan dasar sebelah penawaran. Huraikan dasar-dasar makroekonomi sebelah permintaan yang dapat digunakan oleh kerajaan Malaysia.

Jawapan

Dasar makroekonomi sebelah permintaan ialah dasar kerajaan mempengaruhi permintaan agregat dalam negara melalui dasar fiskal, dasar kewangan dan dasar kawalan langsung. Dasar sebelah penawaran pula ialah dasar kerajaan mempengaruhi penawaran agregat dalam negara melalui sistem pencukaian, insentif pelaburan, cukai input yang diimport dan lain-lain.

Dasar fiskal ialah dasar perubahan perbelanjan kerajaan dan pencukaian untuk mengawal perbelanjan agregat sebuah negara supaya dapat mencapai guna tenaga penuh dan kestabilan harga umum. Kenaikan perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan agregat negara dan pengurangan perbelanjaan kerajaan akan menurunkan perbelanjaan agregat negara.

Penurunan cukai yang dipungut oleh kerajaan akan menambahkan pendapatan boleh guna individu dan seterusnya meningkatkan perbelanjaan agregat negara. Sebaliknya, kenaikan cukai oleh kerajaan akan mengurangkan pendapatan boleh guna individu dan seterusnya menurunkan perbelanjaan agregat negara.

Dasar Kewangan ialah dasar perubahan penawaran jumlah wang dan kadar bunga oleh bank pusat untuk mengawal perbelanjaan agregat sebuah negara supaya mencapai tujuan guna tenaga penuh dan kestabilan harga. Melalui dasar kewangan, kerajaan boleh mengurangkan bekalan wang semasa inflasi supaya perbelanjaan agregat berkurang. Semasa deflasi pula, kerajaan akan menambahkan bekalan wang supaya perbelanjaan agregat akan bertambah.

Dasar kawalan langsung ialah kawalan secara langsung terhadap permintaan eksport dan import sebuah negara melalui tarif, kuota dan kawalan atas pertukaran asing. Kenaikan tarif dan kuota akan menurunkan import, manakala penurunan tarif dan kuota akan meningkatkan import.

Pendek kata, dasar makroekonomi sebelah permintaan yang dilaksanakan oleh kerajaan boleh mengatasi masalah pengangguran, inflasi dan imbangan pembayaran defisit yang dialami oleh sebuah negara.

   

BAHAGIAN C

1 Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga di Malaysia bagi tahun 1996 hingga 2000.

 

(a) Berdasarkan jadual di atas, hitung:

(i) jumlah pengangguran pada tahun 1999 dan 2000.

(ii) Kadar pengangguran dari tahun 1996 hingga 2000.

(iii) Pada tahun yang manakah negara Malaysia mengalami kadar pengangguran yang paling tinggi?

(b) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang guna tenaga buruh Malaysia dari tahun 1996 hingga 2000? Jelaskan jawapan anda.

CONTOH JAWAPAN
 
1 (a) (i) Jumlah pengangguran bagi :

Tahun 1999 = 9 151.5 - 8 837.8 = 313.7 ribu orang

Tahun 2000 = 9 573 - 9 271.2    = 301.8 ribu orang

(ii) Kadar pengangguran bagi tahun 1996
     Jumlah tenaga     Jumlah guna
buruh 1996      -   tenaga 1996 x 100
      Jumlah tenaga buruh 1996 
  
= 8616 - 8399.3 x 100
       8 616
= 2.5%

-Kadar pengangguran bagi tahun 1997 
  8 784 - 8 569.2 X 100
         8 784                   
= 2.4%

-Kadar pengangguran bagi tahun 1998 
  8 883.6 - 8 599.6 X 100
       8 883.6
= 3.2%

-Kadar pengangguran bagi tahun 1999 -        
 9 151.5 - 8 837.8  x 100
       9 151.5
= 3.4%

-Kadar pengangguran bagi tahun 2000 
 9573 - 9271.2 X 100
        9 573
= 3.2%

(iii) Malaysia mengalami kadar pengangguran yang paling tinggi pada tahun 1999. iaitu sebanyak 3.4%.

(b) Malaysia telah mencapai tingkat guna tenaga penuh antara tahun 1996-2000. Ini adalah kerana kadar pengangguran negara Malaysia adalah kurang daripada  4 %, iaitu antara 2.4% -3.4%.



 

LATIHAN

LATIHAN OBJEKIF BAB 1


1 Antara berikut, yang manakah melibatkan kajian makroekonomi?
A Menghitung permintaan terhadap eksport
B Menghitung pendapatan pengguna Menghitung indeks harga umum
D Menghitung keuntungan firma
2 Antara berikut, yang manakah tidak benar berkenaan teori makroekonomi?
A Melibatkan konsep pendapatan negara, guna tenaga dan imbangan pembayaran
B Bermatlamat utama untuk mencapai guna tenaga penuh tanpa inflasi Melibatkan kajian ke atas unit-unit kecil ekonomi
D Melibatkan kajian berbentuk agregat

3 Manakah antara berikut berkaitan dengan pemboleh ubah makroekonomi yang utama?
   A  Agihan pendapatan    B Kawalan harga     C Kuota import       D Inflasi
4 Antara berikut, yang manakah tidak benar berkenaan pendapatan negara?
A Didefinisi sebagai jumlah nilai akhir barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor dalam negeri sesebuah negara dalam satu tahun
B  Didefinisi sebagai jumlah nilai akhir barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sesebuah negara dalam satu tahun
  C Didefinisi sebagai jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh pemilik faktor sesebuah negara dalam satu tahun
   D Biasanya dilaporkan dalam bentuk perangkaan Keluaran Negara Kasar

5 Pengukuran dan penilaian prestasi kegiatan ekonomi sesebuah ekonomi diukur berasaskan   
    alat
       A  indeks harga pengguna                       B imbangan pembayaran
       C  pendapatan negara                              D guna tenaga
6 Pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara paling baik dihitung berasaskan
A Keluaran Dalam Negara Kasar Nominal
B Keluaran Negara Kasar benar
Pendapatan per kapita benar
D Keluaran Negara Bersih
7 Sebuah ekonomi mengalami pengurangan pendapatan negara benar bagi satu tahun berbanding tahun sebelumnya. Negara tersebut mengalami
A imbangan keluaran negatif                   B  defisit pendapatan negara
C pertumbuhan ekonomi                         D kemelesetan ekonomi

8 Guna tenaga ialah
A jumlah penduduk ditolak jumlah penganggur
        B jumlah tenaga buruh yang mendapat pekerjaan
C jumlah penduduk yang sanggup bekerja
D jumlah tenaga buruh
9 Antara berikut, yang manakah tidak benar berkenaan sesebuah negara yang mencapai guna tenaga penuh?
        A Terdapat pengangguran struktur dalam ekonomi
B Kadar penggunaan faktor buruh ialah 100%
C Kadar pengangguran ialah 3%
D Kadar guna tenaga ialah 98%
10 Konsep pengangguran paling tepat dikaitkan dengan
A penduduk yang tidak bekerja
B penduduk yang t dak sanggup bekerja
C pengangguran geseran dalam ekonomi
D  sejumlah faktor ekonomi yang tidak digunakan dalam ekonomi
11 Inflasi berkaitan dengan
A kenaikan harga sebahagian kecil barang yang berlaku secara terus-menerus
B kenaikan tingkat harga umum yang berterusan
C     kenaikan indeks harga pada tahun asas
D kenaikan harga barang keperluan
12 Kenaikan kadar inflasi menyebabkan kesan berikut kecuali
A kenaikan harga barang dan perkhidmatan
B penurunan taraf hidup masyarakat
C kenaikan nilai wang benar
D kenaikan kos sara hidup
13 Imbangan pembayaran defisit dikaitkan dengan
A penerimaan wang dari luar negeri yang melebihi pembayaran wang ke luar negeri
        B pembayaran wang ke luar negeri yang melebihi penerimaan wang dari luar negeri
C     kesan positif terhadap ekonomi negara
D peningkatan rizab asing negara
14 Dalam keadaan sesebuah negara mengalami imbangan pembayaran lebihan,
A pendapatan negara akan meningkat
B tingkat harga umum akan meningkat
C rizab mata wang asing akan meningkat
D kadar pertukaran asing negara akan turun

15 Berikut merupakan matlamat dasar makroekonomi kecuali
A mencapai kadar guna tenaga yang tinggi
B mencapai imbangan pembayaran defisit
C mencapai kestabilan tingkat harga umum
D mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi
16 Dasar makroekonomi yang dijalankan untuk mengurangkan kadar pengangguran adalah seperti berikut kecuali
A meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
B menambah perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kadar cukai
C meningkatkan kapasiti pengeluaran
D meningkatkan penawaran wang
17 Dasar kawalan langsung tidak melibatkan
     A dasar kawalan terhadap import dan eksport
B dasar kawalan terhadap upah
C dasar kawalan kadar faedah
D dasar kawalan harga
18 Dasar kewangan yang sesuai dilaksanakan dalam keadaan ekonomi mengalami inflasi ialah
A mengurangkan perbelanjaan kerajaan              B meningkatkan kadar faedah
C mengurangkan kadar cukai                              D meningkatkan kadar cukai

19 Dasar fiskal berkaitan dengan
       A kawalan perbelanjaan dan cukai kerajaan
B kawalan penawaran wang dan kadar bunga
C kawalan penawaran agregat
D kawalan kadar bunga
20 Contoh dasar kawalan langsung kerajaan terhadap ekonomi ialah
       A dasar kewangan kuantitatif                  B dasar sebelah penawaran
C dasar upah minimum                            D dasar fiskal automatik


Saturday, January 5, 2013

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Perakaunan Pendapatan Negara


2.1 Konsep Pendapatan Negara
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK)
1 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah nilai barang akhir yang diciptakan oleh faktor-faktor pengeluaran yang berada di negara tersebut dalam masa satu tahun tanpa mengira sama ada faktor­faktor pengeluaran itu dimiliki oleh rakyat negara itu ataupun rakyat negara asing. Ini bermakna bahawa KDNK meliputi nilai sumbangan keluaran oleh faktor tempatan dan faktor asing di negara tersebut.
2 Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah nilai barang akhir yang diciptakan oleh faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh rakyat negara tersebut dalam masa satu tahun tanpa mengira sama ada faktor-faktor pengeluaran itu berada di negara itu ataupun di negara asing. Ini bermakna bahawa KNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran oleh faktor tempatan di negara tersebut dan di negara asing.
3 Maka, perbezaan di antara KDNK dengan KNK ialah jumlah pendapatan faktor dari luar negara (PFLN) dan jumlah bayaran faktor ke luar negara (BFLN). Perbezaan antara jumlah pendapatan faktor dari luar negara dengan jumlah bayaran faktor ke luar negara ialah pendapatan faktor bersih dari luar negara (PFBLN).
4 Dalam sebuah negara, rakyat negara tersebut yang menggunakan faktor pengeluaran milik mereka di negara lain akan menerima pendapatan faktor dari luar negara. Maka, jumlah pendapatan faktor dari luar negara perlu dicampurkan dalam perakaunan pendapatan negara tersebut.
5 Rakyat asing yang menggunakan faktor pengeluaran milik mereka di negara tersebut akan menerima bayaran faktor ke luar negara. Maka, jumlah bayaran faktor ke luar negara perlu ditolak dalam perakaunan pendapatan negara tersebut.
6 Secara rumusan, perbezaan di antara konsep KDNK dengan KNK adalah seperti berikut:
KDNK = KNK - PFLN + BFLN KNK
             = KDNK + PFLN - BFLN
  Oleh sebab PFBLN = PFLN - BFLN maka,
                      KDNK = KNK - PFBLN
                         KNK = KDNK + PFBLN
          7 Jika jumlah pendapatan faktor dari luar negara melebihi jumlah bayaran faktor ke luar negara, pendapatan faktor bersih dari luar negara adalah positif. Maka, KNK akan melebihi KDNK. Sebaliknya, jika jumlah pendapatan faktor dari luar negara adalah kurang daripada jumlah bayaran faktor ke luar negara, pendapatan faktor bersih dari luar negara adalah negatif. Maka, KNK akan kurang daripada KDNK. Jumlah pendapatan faktor bersih dari luar negara yang negatif akan menyebabkan pengaliran lebih banyak mata wang negara dan menurunkan nilai mata wang negara. Kurangan imbangan pembayaran negara berlaku.
Pendapatan Negara /Keluaran Negara Bersih
  1 Keluaran Negara Bersih (KNB) merujuk kepada jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh penduduk tempatan sesebuah negara.
2 KNB menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenar selepas menolak susut nilai barang modal.
3 Barang modal seperti jentera, mesin dan peralatan akan mengalami penyusutan nilai setelah digunakan untuk beberapa tempoh. Oleh itu, susut nilai perlu ditolak daripada Keluaran Negara Kasar untuk memperoleh Keluaran Negara Bersih.
4 Secara rumusan, perbezaan di antara konsep KNK dengan KNB adalah seperti berikut:

                 KNK = KNB + Susut nilai KNB = KNK - Susut nilai

Keluaran Negara pada Harga Pasaran dan Kos Faktor

1 Keluaran negara boleh dikira pada harga pasaran atau kos faktor. Keluaran negara pada harga pasaran adalah nilai keluaran negara berdasarkan harga yang dijual dalam pasaran, di mana harganya telah dicampurkan cukai tak langsung dan ditolakkan subsidi kerajaan.
2 Keluaran negara pada kos faktor adalah nilai keluaran negara yang berdasarkan harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor pengeluaran, di mana harganya belum dicampur cukai tak langsung dan belum ditolak subsidi kerajaan.
3 Maka, adalah jelas bahawa perbezaan di antara nilai keluaran negard pada harga pasaran dengan nilai keluaran negara pada kos faktor ialah cukai tak langsung dan subsidi.
4 Cukai tak langsung adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan atas barang-barang yang dipasarkan. Cukai tak langsung terdiri daripada cukai jualan, cukai eksport, cukai import dan cukai perkhidmatan. Pengenaan cukai tak langsung ke atas barang yang dipasarkan menyebabkan harga barang pasaran tersebut meningkat. Oleh itu, apabila keluaran negara dinilai pada harga pasaran, cukai tak langsung dicampurkan.
5 Subsidi adalah bantuan kerajaan kepada pengeluar untuk mengurangkan kos pengeluaran. Subsidi biasanya adalah dalam bentuk wang yang diterima oleh pengeluar. Apabila subsidi dibayar oleh kerajaan ke atas barang pengeluaran, harga barang pasaran tersebut akan menurun. Jadi, apabila keluaran negara dinilai pada harga pasaran, subsidi perlu ditolakkan.
6 Kesimpulannya, untuk memperolehi nilai keluaran negara pada harga pasaran, cukai tak langsung dicampurkan dan subsidi ditolak daripada nilai keluaran negara pada kos faktor. Sebalikya, untuk memperolehi nilai keluaran negara pada kos faktor, cukai tak langsung ditolak dan subsidi dicampurkan kepada nilai keluaran negara pada harga pasaran. Secara rumus:

Kel. negara pada harga pasaran = Keluaran negara pada kos faktor + Cukai tak langsung - Subsidi
                                                    atau
Keluaran negara pada kos faktor = Keluaran negara pada harga pasaran - Cukai tak langsung + Subsidi
7 Apabila cukai tak langsung lebih besar daripada subsidi, maka keluaran negara pada harga pasaran akan melebihi keluaran negara pada kos faktor. Sebaliknya, apabila cukai tak langsung lebih kecil daripada subsidi, maka keluaran negara pada harga pasaran adalah kurang daripada keluaran negara pada kos faktor.
(a) Jika cukai tak langsung > subsidi, maka KDNKhP > KDNKkf 
Contoh:
KDNKkf = RM300 000 juta, cukai tak langsung = RM 1 500 juta, subsidi = RMl 000 juta
KDNKhP = KDNKkf + Cukai tak langsung - Subsidi
= RM300 000 juta + RM1 500 juta - RMl 000 juta = RM300 500 juta
(b) Jika cukai tak langsung < subsidi, maka KDNKhP < KDNKkf 
Contoh:
KDNKkf = RM300 000 juta, cukai tak langsung = RM1 200 juta, subsidi = RM1 800 juta
KDNKhP = KDNKkf + Cukai tak langsung - Subsidi
KDNKhP = RM300 000 juta + RMl 200 juta - RM1 800 juta = RM299 400 juta


Pendapatan Negara Mengikut Harga Semasa (Y1)/  
Keluaran Negara Nominal dan  
Pendapatan Negara Mengikut Harga Tetap (Y0)

-Pendapatan negara mengikut harga tetap (Y0) atau Keluaran Negara Benar 
adalah nilai  
keluaran negara mengikut harga tahun asas.

-Indeks harga bagi tahun asas selalunya sama dengan 100. Indeks harga adalah  satu ukuran perubahan tingkat harga umum.

-Pendapatan negara mengikut harga tetap dianggap sebagai pendapatan     
 negara benar 
 -Ini kerana perubahan tingkat harga umum diambil kira dalam pengiraan 
pendapatan negara mengikut harga tetap.

-Peningkatan dalam pendapatan negara benar bermakna peningkatan taraf 
hidup rakyat. Begitu juga sebaliknya.

-Untuk memperoleh Y0 daripada Yl, pengaruh perubahan tingkat harga umum 
mesti dihapuskan :

§                                        Y0 =  IH0 x Yl
                                                  IH1
§Y0 = pendapatan negara mengikut harga tetap
§Yl = pendapatan negara mengikut harga semasa
§IH0 = indeks harga pengguna tahun asas (100)
§IH1 = indeks harga pengguna tahun semasa
§ 
 Catatan: IH1 juga dikenali sebagai  pendeflasi  atau pendeflator 
 
-Masa inflasi, IH1 > IH0, maka Yl > Y0. Ini bermakna jumlah nilai keluaran 
akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat dalam negara tidak setinggi seperti 
yang ditunjukkan dalam pengiraan pendapatan negara mengikut harga semasa.
 
Contoh (A):   Yl = RM110 000 juta
                      IH0 = 100
                     IH1  = 110
Y0 = 100 x RM110 000 juta

         110

     = RM100 000 juta 
       
q-Contoh di atas dapat menerangkan bahawa taraf hidup rakyat bukan setinggi RM110 000 juta
 seperti yang ditunjukkan oleh nilai Yl.
q-Lebihan nilai pendapatan negara sebanyak RM110 000 juta - RM100 000 juta = 
RM10000 juta adalah akibat daripada kenaikan tingkat harga umum sebanyak   
10%.
q-Taraf hidup rakyat pada tahun semasa sepatutnya adalah setinggi RM100 000 juta.
q-Lebihan nilai pendapatan negara RM10 000 juta tidak dapat meninggikan taraf 
hidup rakyat kerana lebihan ini bukan berpunca daripada pertambahan dalam 
jumlah keluaran sebenarnya. 
 -Dalam masa kemelesetan ekonomi, IH1 < IH0; maka Yl <Y0.

Ini bermakna jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat 
dalam negara tidak serendah seperti yang ditunjukkan dalam pengiraan 
pendapatan negara mengikut harga semasa.

 
-Contoh (B) Yl = RM40 000 juta

                   IH0 = 100     IH1 = 80

Y0  = 100 x RM40 000 juta

           80

       = RM50 000 juta
 
-Contoh di atas dapat menjelaskan bahawa taraf hidup rakyat bukan serendah RM40 000 
juta seperti yang ditunjukkan oleh nilai Yl.

-Kurangan nilai pendapatan negara sebanyak RM50 000 juta - RM40 000 juta = 
RM10 000 juta adalah akibat daripada kemerosotan tingkat harga umum 
sebanyak 20%.

-Daripada contoh menunjukkan pendapatan negara mengikut harga 
tetap/pendapatan negara benar merupakan pengukur taraf hidup rakyat yang  
lebih tepat berbanding dengan pendapatan negara mengikut harga semasa.

 

SUMBER BACAAN TAMBAHAN