Saturday, December 31, 2016

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA



1. Pendapatan negara ialah jumlah nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara, biasanya dalam setahun. Pendapatan negara diukur untuk mengetahui pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan membandingkan taraf hidup antara negara dengan menggunakan formula berikut:

Kadar pertumbuhan ekonomi =  PN benar1 - PN benaro x 100

                                                                     PN benaro


2 (a) KNKhP= KNKkf + Cukai tak langsung - Subsidi

Jika cukai tak langsung melebihi subsidi, maka KNKhP lebih besar daripada KNK kf. Sebaliknya, jika cukai tak langsung kurang daripada subsidi, maka KNKhP lebih kecil daripada KNKkf.

(b) KNB = KNK – Susut nilai

Oleh sebab wujud susut nilai barang modal, maka KNB lebih kecil daripada KNK.

3.  KNK benar ialah jumlah nilai keluaran sebuah negara berdasarkan tingkat harga tetap, iaitu harga tahun asas.

KNK benar =   IHo   x  KNK nominal

                       IH I

dengan,

IHI = Indeks harga tahun semasa                 IHo = Indeks harga tahun asas

KNK benar dihitung untuk mengukur perubahan sebenar dalam tingkat output memandangkan sebarang kenaikan dalam KNK benar disebabkan oleh pertambahan output dan bukan kenaikan harga. 

4.(a) KNK benar per kapita atau pendapatan benar per kapita. ialah jumlah nilai KNK setahun berdasarkan tingkat harga tahun asas (atau harga tetap) dan dibahagikan dengan jumlah penduduk. KNK benar per kapita merupakan pendapatan benar purata bagi setiap penduduk. KNK benar per kapita dihitung untuk menentukan taraf hidup rakyat sebuah negara. 
  (b) Pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup rakyat sesebuah negara sebab pertumbuhan ekonomi bergantung pada faktor-faktor seperti:
Pertumbuhan penduduk

Jika kadar pertumbuhan penduduk melebihi kadar pertumbuhan ekonomi, maka taraf hidup rakyat tidak semestinya meningkat. Oleh itu, pendapatan benar per kapita merupakan ukuran lebih tepat untuk menentukan peningkatan taraf hidup rakyat.

Corak agihan pendapatan

Jika agihan pendapatan tidak adil, iaitu jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin sangat besar, maka bukan semua rakyat akan menikmati peningkatan taraf hidup. (faktor lain ialah masa rehat ,kualiti alam sekitar, kualiti kehidupan, komposisi KNK, kadar pengangguran dan kadar kemiskinan)

5 Tiga masalah dalam penghitungan pendapatan negara ialah:

Masalah penghitungan dua kali
Kebanyakan barang melalui beberapa proses pengeluaran sebelum menjadi barang siap atau barang akhir. Oleh itu, perlu dibezakan barang perantaraan dan barang akhir apabila menjumlahkan nilai keluaran pelbagai sektor. Untuk mengelakkan masalah penghitungan dua kali, dijumlahkan nilai ditambah atau menggunakan nilai barang akhir sahaja.
Masalah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
Contohnya, perkhidmatan suri rumah tangga dan kegiatan sukarela. Jika kerja suri rumah tangga dilakukan oleh orang gaji yang menerima pendapatan, pendapatan tersebut akan dihitung dalam pendapatan negara. Selain itu, terdapat banyak aktiviti sukarela seperti mengecat bangunan dan membersihkan kawasan perumahan yang harus diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara jika aktiviti tersebut dibayar dengan wang.
Kesukaran mengumpul maklumat
Terdapat banyak keluaran yang dihasilkan dalam sebuah negara tetapi tidak dipasarkan atau dijual kepada orang ramai. Sebaliknya, keluaran tersebut digunakan untuk saradiri, contohnya dalam sektor pertanian. Maka, wujud kesukaran mengumpul maklumat nilai keluaran apabila keluaran tersebut tidak dipasarkan.

6. Tiga kegunaan data pendapatan negara ialah:

Sebagai alat pengukur taraf hidup
Walaupun data Pendapatan negara bukan satu ukuran-taraf hidup yang tepat, data Pendapatan negara masih dapat memberi gambaran kasa, mengenai perbezaan taraf hidup antara masa dan antara negara. Data pendapatan negara yang paling sesuai digunakan untuk mengukur taraf hidup ialah pendapatan benar per kapita, iaitu nilai pendapatan negara yang telah diselaraskan dengan perubahan tingkat harga umum dan perubahan saiz penduduk.
Sebagai alat pengukur pertumbuhan ekonomi
Data pendapatan negara digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, iaitu perubahan dalam tingkat keluaran negara dari tahun ke tahun. Data pendapatan negara yang paling sesuai untuk mengukur kadar pertumbuhan ekonomi ialah KNK atau KDNK benar.
Sebagai alat pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor dalam ekonomi
Data pendapatan negara mengikut kaedah keluaran menunjukkan nilai jumlah keluaran yang disumbangkan oleh pelbagai sektor dalam ekonomi, iaitu sektor utama, sektor perindustrian dan sektor perkhidmatan. Maka, kepentingan sesuatu sektor dapat ditentukan melalui kadar sumbangannya kepada keluaran negara.

7. Tiga kelemahan menggunakan KNK untuk membandingkan taraf hidup antara negara ialah:

Perbezaan dalam tingkat harga umum
Kenaikan KNK boleh disebabkan kenaikan dalam tingkat keluaran iatu kenaikan tingkat harga umum dalam sesebuah negara. Oleh itu, negara yang mengalami inflasi tidak semestinya menikmati taraf hidup yang tinggi walaupun nilai KNK lebih tinggi daripada negara lain. Jadi, untuk membandingkan taraf hidup antara negara dengan lebih tepat, KNK benar perlu digunakan.
Perbezaan dalam saiz penduduk
Jika kenaikan KNK diikuti oleh kenaikan saiz penduduk, maka taraf hidup rakyat sesebuah negara tidak semestinya meningkat. Oleh sebab itu, ukuran perbandingan taraf hidup antara negara yang lebih tepat ialah KNK benar per kapita.
Perbezaan dalam komposisi KNK
Terdapat negara yang mengalami kenaikan KNK kerana menjalankan aktiviti yang tidak menyumbang kepada taraf hidup penduduk seperti perjudian dan pelacuran. Jadi, untuk menjamin kenaikan KNK menyumbang kepada kenaikan taraf hidup penduduk sesebuah negara, komposisi KNK harus terdin daripada aktiviti yang memanfaatkan rakyat negara seperti perbelanjaan pembangunan.



8 (a) Masalah utama yang dihadapi dalam penghitungan pendapatan negara pada sesuatu tahun ialah:

               Penghitungan dua kali

               Masalah ini dihadapi dalam penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran kerana sesuatu barang akan melalui beberapa peringkat proses pengeluaran. Contohnya, kapas akan diproses menjadi benang dan benang akan diproses menjadi kain. Jika nilai kapas, nilai benang dan nilai kain dihitung secara berasingan, penghitungan dua kali akan berlaku. Jadi, untuk menghitung pendapatan negara dengan lebih tepat, hanya nilai barang akhir atau jumlah nilai ditambah barang yang melalui proses pengeluaran akan diambil kira.

Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang

Banyak kegiatan produktif dalam pendapatan negara tidak dihitung kerana kegiatan ini tidak dibayar dengan wang, contohnya kerja sukarela dan elaun bukan kewangan seperti elaun perumahan dan pakaian. Perubahan tingkat harga barang Untuk menentukan nilai keluaran negara dengan tepat, tingkat harga barang-barang yang dikeluarkan harus diketahui. Namun, harga barang cenderung berubah sepanjang tahun dan berbeza antara tempat. Oleh itu, harga keluaran sukar ditentukan dengan tepat.

(b) Masalah utama yang dihadapi dalam perbandingan pendapatan negara dari tahun ke tahun ialah:

       Perubahan tingkat harga umum

       Kenaikan pendapatan negara tidak semestinya disebabkan pertambahan dalam tingkat keluaran sahaja, tetapi juga disebabkan kenaikan dalam tingkat harga barang. Jadi, untuk membuat perbandingan yang lebih tepat, KNK benar harus dihitung, iaitu nilai pendapatan negara yang telah diselaraskan dengan tingkat harga umum.

Perubahan saiz penduduk

Sebelum perbandingan pendapatan negara dibuat, perubahan saiz penduduk dari tahun ke tahun perlu diambil kira. Kenaikan pendapatan negara yang diikuti kenaikan dalam saiz penduduk akan mempengaruhi perbandingan taraf hidup rakyat. Untuk mengatasi masalah ini, KNK benar per kapita harus dihitung untuk memberi gambaran yang lebih tepat mengenai taraf hidup rakyat. Perubahan corak agihan pendapatan

Semakin tidak adil agihan pendapatan, semakin kurang tepat perbandingan pendapatan negara antara tahun. Perbandingan pendapatan negara antara tahun akan menjadi lebih tepat jika agihan pendapatan adalah lebih adil.

  KNK boleh memberi gambaran mengenai taraf hidup rakyat sesebuah negara. Ini kerana semakin tinggi KNK, semakin banyak barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara tersebut. Maka, semakin banyak barangan yang dapat dinikmati rakyat sesebuah negara, semakin tinggi taraf hidup rakyat di negara tersebut.

Namun, kadangkala KNK tidak menggambarkan taraf hidup rakyat sesebuah negara dengan tepat disebabkan faktor berikut:

          Perbezaan tingkat harga umum

Kenaikan KNK tidak semestinya disebabkan pertambahan keluaran dalam negara. Kenaikan KNK mungkin disebabkan kenaikan harga barang. Jadi, untuk mengukur pertambahan keluaran dalam negara dengan lebih tepat, KNK benar harus dihitung, iaitu nilai KNK yang telah diselaraskan dengan tingkat harga umum.

Perbezaan saiz penduduk

Kenaikan KNK yang diikuti pertambahan saiz penduduk tidak semestinya menyumbang kepada kenaikan taraf hidup rakyat sesebuah negara.Taraf hidup rakyat hanya meningkat jika kadar kenaikan KNK melebihi kadar pertambahan saiz penduduk. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, KNK benar per kapita harus dihitung seperti berikut:

KNK benar per kapita = KNKbenar

Saiz penduduk

       Perbezaan komposisi KNK

Kenaikan KNK yang tidak melibatkan pengeluaran barang pengguna tidak semestinya menyumbang kepada kenaikan taraf hidup penduduk. Kenaikan KNK mungkin disebabkan kenaikan pengeluaran barang yang tidak mendatangkan kaedah atau kebajikan kepada rakyat, contohnya pengeluaran rokok, arak dan senjata api.

Perbezaan masa kerja atau masa rehat

Jika kenaikan KNK diikuti pertambahan mesa kerja dan pengurangan masa rehat, taraf hidup rakyat mungkin terjejas. Ini kerana masa rehat juga menyumbang kepada taraf hidup rakyat sesebuah negara.Taraf hidup rakyat diaatakan meningkat jika kenaikan KNK diikuti pertambahan mesa rehat.

10. Maklumat penting yang boleh diperoleh daripada data perakaunan pendapatan negara Malaysia ialah:

Pertumbuhan ekonomi negara

Perubahan KNK atau KDNK benar dari tahun ke tahun dapat menentukan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Kadar pertumbuhan ekonomi =

                                                               KNK benar 1 - KNK benar o
                                                                                                                    KNK benar o                      x 100
Jika kadar pertumbuhan ekonomi ialah 5%, ini bermakna KNK benar pada tahun semasa telah naik sebanyak 5% berbanding dengan KNK benar pada tahun sebelumnya.
Pertumbuhan kebajikan masyarakat
Pertumbuhan kebajikan atau taraf hidup masyarakat juga dapat ditentukan daripada data pendapatan negara.
Kadar pertumbuhan kebajikan masyarakat =
KNK benar per kapita1 - KNK benar per kapita 0   x100          
                        KNK benar per kapita 0
Jika kadar pertumbuhan kebajikan masyarakat ialah 10%, ini bermakna taraf hidup rakyat telah naik sebanyak 10% berbanding dengan tahun sebelumnya.
Peranan atau sumbangan pelbagai sektor
Dalam penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran, nilai keluaran yang dihasilkan oleh pelbagai sektor ekonomi akan dihitung. Berdasarkan data tersebut, sumbangan atau peranan setiap sektor ekonomi seperti sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan dapat ditentukan.
    Kadar sumbangan sektor =  
                       Nilai keluaran sektor x 100
                                   KDNK
Semakin tinggi sumbangan sesuatu sektor, semakin penting sektor tersebut terhadap pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Perubahan struktur ekonomi Data pendapatan negara dapat menunjukkan perubahan struktur ekonomi sesebuah negara melalui penghitungan sumbangan sektor-sektor ekonomi terhadap pendapatan negara. Perubahan dalam peratusan sumbangan sesuatu sektor menggambarkan perubahan yang berlaku dalam struktur ekonomi negara. Contohnya, struktur ekonomi Malaysia berubah daripada ekonomi berasaskan pertanian pada tahun 1970-an kepada ekonomi perindustrian pada tahun 1990-an.
Penilaian kejayaan polisi kerajaan
Kejayaan sesuatu polisi kerajaan yang dijalankan boleh dikenal pasti melalui data pendapatan negara. Misalnya, peningkatan nilai keluaran sesuatu sektor mungkin disebabkan kejayaan polisi kerajaan tertentu.

Definisi Unit Ekonomi dan Matlamat



Definisi setiap unit ekonomi/Objektif
ISI RUMAH
-definisi : individu/sekumpulan individu yang membuat keputusan kewangan secara bersama
-objektif: Memaksimumkan kepuasan
FIRMA 
-definisi : unit ekonomi/organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang/perkhidmatan
-objektif: Memaksimumkan keuntungan
KERAJAAN
-definisi : pelaku unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah dan firma melalui undang-undang
- objektif: Memaksimumkan kebajikan masyarakat.
SEKTOR LUAR (asing)
                        -definisi : unit perdagangan antarabangsa
                        -objektif: Memaksimumkan keuntungan

Bab 1 PENGENALAN KEPADA MAKROEKONOMI



BAB 1 : PENGENALAN MAKROEKONOMI

 
1.Huraikan pemboleh ubah-pemboleh ubah makroekonomi.
 
Pembolehubah-pembolehubah makroekonomi ialah:
 
•Pendapatan negara/ keluaran negara
Pendapatan negara/keluaran negara ialah jumlah nilai barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.
 
•Guna tenaga dan pengangguran
Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Guna tenaga dan pengangguran merupakan alat untuk mengukur kadar pengangguran di dalam ekonomi.

•Pertumbuhan ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara.

•Inflasi
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum yang berlaku secara berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.

•Imbangan pembayaran
Imbangan pembayaran ialah rekod keseluruhan urus niaga kewangan antara negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara.

2. Huraikan empat sebab mengapa dasar makroekonomi dilaksanakan.
 
Empat sebab dasar makroekonomi dilaksanakan:

•Guna tenaga penuh
Sesebuah negara ingin mencapai tingkat guna tenaga penuh, iaitu kesemua faktor digunakan atau sekurang-kurangnya kadar pengang­guran berada pada paras yang rendah.
•Kestabilan tingkat harga umum
Tingkat harga umum perlu berada pada paras stabil dan kadar inflasi kekal rendah dan terkawal.
•Peningkatan pertumbuhan ekonomi 
Pertumbuhan ekonomi perlu mencapai kadar yang memuaskan dari tahun ke tahun dengan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang positif.
•Memperbaiki imbangan pembayaran Imbangan pembayaran perlu diperbaiki supaya mencapai. imbangan pembayaran lebihan atau mencapai imbangan pembayaran yang lebih baik.

3. Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud guna tenaga, jumlah penganggur, dan kadar pengangguran.

•Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.
•Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan. Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah Faenganggur adalah berjumlah 02 juta orang.
•Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh. Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Terangkan tiga kesan inflasi terhadap ekonomi.

•Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang berlaku secara menyeluruh dan berterusan.
•Tiga kesan inflasi terhadap ekonomi ialah:
- penurunan kuasa beli wang
- penurunan taraf hidup masyarakat
- penurunan pendapatan benar individu

5. Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan maksud dasar fiskal, dasar kewangan, dan dasar sebelah penawaran.

•Dasar fiskal bermaksud dasar mengubah perbelanjaan kerajaan dan kadar cukai untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh tanpa inflasi. Sebagai contoh, dasar fiskal boleh diguna untuk mengatasi pengangguran dengan menambah perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kadar cukai.

•Dasar kewangan bermaksud dasar kawalan penawaran wang dan kadar bunga untuk mencapai tingkat guna tenaga tanpa inflasi. Sebagai contoh, dasar kewangan boleh diguna untuk mengatasi pengangguran dengan mengurangkan kadar bunga dan menambah penawaran wang.

•Dasar sebelah penawaran bermaksud dasar meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi bagi meningkatkan penawaran agregat dan mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi. Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dengan menggalakkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti pengeluaran tertentu.

6. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan meningkatkan tingkat kebajikan rakyat. Adakah anda setuju? Terangkan

•Tidak setuju pertumbuhan yang tinggi akan turut meningkatkan taraf kebajikan. Ini kerana peningkatan taraf kebajikan bergantung kepada faktor-faktor berikut:
 
•Bergantung kepada pertumbuhan penduduk
•Kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan penduduk akan meningkatkan taraf kebajikan penduduk
•Kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah daripada kadar pertumbuhan pen­duduk akan menurunkan taraf kebajikan penduduk

*Beri Formula mengukur tingkat kebajikan penduduk-penduduk (pendapatan benar perkapita)