I) Aliran Pusingan Pendapatan Negara
Contoh soalan
Dengan berbantukan carta aliran
wang, huraikan aliran pusingan pendapatan negara dalam ekonomi 3 sektor. [10]
Berdasarkan gambar rajah di atas, ekonomi 3 sektor terdiri daripada isi
rumah, firma, dan kerajaan. Sektor isirumah akan menerima pendapatan daripada sektor firma melalui pasaran
faktor. Pendapatan yang diterima ini akan digunakan untuk membeli barangan dan
perkhidmatan, pembayaran cukai kepada kerajaan dan juga tabungan di institusi
kewangan.
Sektor firma pula akan menerima pembayaran
daripada penggunaan isi rumah. Pendapatan
ini akan firma gunakan untuk membayar
perkhidmatan faktor melalui pasaran faktor dan
membayar cukai kepada kerajaan.
Firma akan membuat pinjaman pelaburan daripada
institusi kewangan. Sektor kerajaan akan menerima hasil cukai daripada sektor isi rumah
dan firma.
Selain itu, sektor kerajaan juga akan menyediakan
barang dan perkhidmatan awam kepada isi rumah dan swasta. Institusi kewangan
akan menerima tabungan daripada isi rumah selain daripada memberi pinjaman
untuk pelaburan kepada firma.
Sektor firma pula akan menerima pembayaran daripada penggunaan isi rumah. Pendapatan
ini akan firma gunakan untuk membayar perkhidmatan faktor melalui pasaran faktor dan
membayar cukai kepada kerajaan. Firma akan membuat pinjaman pelaburan daripada
institusi kewangan. Sektor kerajaan akan menerima hasil cukai daripada sektor isi rumah
dan firma.
II) Isu-isu Makro Ekonomi
Contoh soalan
a)Inflasi
b)Pengangguran
i) Jelaskan mengapa isu makroekonomi (a) dan (b) perlu ditangani [4]
ii) Bagaimana dasar fiskal dapat mengatasi masalah (a) dan (b) di atas? [6]
Jawapan
(i)Sebab inflasi perlu
ditangani:
• Kos sara hidup meningkat -
Apabila berlaku inflasi, harga barangan meningkat. Ini
menyebabkan kos sara
hidup masyarakat meningkat kerana perbelanjaan meningkat.
• Kuasa
beli masyarakat jatuh - Apabila berlaku inflasi, harga barangan meningkat. Ini
menyebabkan kuasa beli masyarakat jatuh, kerana pendapatan benar jatuh.
(ii) Cara mengatasi inflasi melalui dasar fiskal menguncup:
• Menurunkan perbelanjaan kerajaan - Apabila
kerajaan mengurangkan perbelanjaannya, maka tidak banyak projek pembangunan
dapat dijalankan. Oleh itu, masyarakat tidak mempunyai banyak sumber
pendapatan. Masyarakat kurang membuat perbelanjaan menyebabkan tekanan terhadap
harga barangan di pasaran jatuh. Seterusnya, harga barangan jatuh dan inflasi
dapat diatasi.
• Meningkatkan cukai - Apabila kerajaan
meningkatkan cukai seperti cukai pendapatan terhadap rakyat, pendapatan boleh
guna masyarakat berkurang. Ini akan mengurangkan perbelanjaan penggunaan dan
permintaan agregat. Oleh itu, tekanan terhadap harga barangan di pasaran jatuh.
Seterusnya, harga barangan jatuh dan inflasi dapat diatasi.
(b)(i) Sebab pengangguran perlu ditangani:
• Pembaziran sumber - Jika berlaku
pengangguran bermakna masih terdapat faktor pengeluaran tidak digunakan.
Ini menunjukkan berlakunya pembaziran sumber. Keadaan ini menjejaskan
pertumbuhan ekonomi.
• Kemiskinan meningkat - Apabila berlaku pengangguran, masyarakat
tidak mempunyai pekerjaan seterusnya menyebabkan mereka kehilangan
sumber pendapatan. Hal ini menyebabkan kadar kemiskinan dalam masyarakat
meningkat dan taraf hidup masyarakat jatuh.
(ii) Cara mengatasi pengangguran melalui dasar fiskal mengembang:
• Menaikkan perbelanjaan kerajaan
- Apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaan, maka banyak projek pembangunan
dapat dijalankan. Oleh itu, banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan
rakyat mudah mendapat pekerjaan. Kesannya, pengangguran dapat dikurangkan.